October 17, 2011

Betapa Berharganya Seorang Wanita



Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan???"

... Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'alam.............

~BaByPaNdAtOmEy~
 Biarpun Jalan Itu Panjang, Kita Akan Merintisnya Perlahan-lahan

Calculation bilangan hari di akhirat

1 HARI akhirat = 1000 TAHUN dunia (hadis)

1 TAHUN akhirat = 365 HARI akhirat x 1000 = 365,000 TAHUN dunia
Meninggalkan solat :
1 waktu solat= 80 tahun akhirat = 29 200 000 tahun dunia. (80x365x1000)
2 waktu solat= 160 tahun akhirat = 58 400 000 tahun dunia. (160x365x1000)
3 waktu solat= 240 tahun akhirat = 87 600 000 tahun dunia. (240x365x1000)
4 waktu solat= 320 tahun akhirat = 116 800 000 tahun dunia. (320x365x1000)
5 waktu solat= 400 tahun akhirat = 146 000 000 tahun dunia. (400x365x1000)

SEKALI tidak solat dah dekat 30,000,000 tahun kena azab.
SEHARI tidak solat dah dekat 150,000,000 tahun kena azab.
SETAHUN tidak solat dah berapa? 53,290,000,000 (53.29 billion tahun dunia)

Okey, tak sedar-sedar lagi?

Still boleh relax sebab anggap kalau kita ISLAM, lepas azab je terus masuk syurga?
Cuba korang bayangkan balik kampung kat PERLIS dari JOHOR time CUACA PANAS, tapi aircond kereta plak rosak, berapa minit boleh tahan panas? 
 
Sumber dari:
Biarpun Jalan Itu Panjang, Kita Akan Merintisnya Perlahan-lahan

10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

sumber:
http://www.facebook.com/#!/pages/Biarpun-Jalan-Itu-Panjang-Kita-Akan-Merintisnya-Perlahan-lahan/

October 6, 2011

Renovation Rumah Taman Sri Mewah, Jementah Johor (Sedang dalam pembinaan)

Dalam bulan lepas dan bulan oktober ini kami sibuk menyiapkan rumah baru. Maklumlah nak berpindah rumah baru, pelbagai perkara perlu disiapkan. Ianya memerlukan sejumlah kos yang agak besar. Memandangkan harga barang binaan pun semakin meningkat. Mari kita lihat suasana pembinaan tersebut.
Ini adalah ruang dapur. Warna hitam dan putih pilihan saya (zura). Tujuannya supaya dapur saya berwarna agak ranggi sedikit..cantik tak?(ini belum siap lagi)

Main contractor adalah ah cheng..dia buat kerja sorang2 jer...terer tul.

Ini pula ruang dapur. lubang 4 segi tu untuk nak letak kipas buang asap. Yela dapurkan akan mengeluarkan asap ketika memasak. Garisan tu adalah wayering. Di ruang situ juga utk diletakkan mesin basuh.

Ini alah ruang bilik kedua.Bilik ini untuk ruangan meja office dan rak buku dan juga bilik solat.

Ini bilik utama.

Ini ruangan hall



Kami memilih rumah bernombor 1.

Kimi ku.....

Garaj depan pun letak tiles bersama wayer auto gate

Deco oleh Ah Cheng...nanti dah letak minyak kat batu2 kecil tu..berkilat dan timbul...cantikkk..

Cornish..hampir siap (belum letak lampu)


Ruang utk ke dapur pun letak cornish...cantik tak?

Ruang cornish untuk kipas di hall utama

Ini Janggut...dialah tokey buat cornish...

Ini pelan untuk kabinet dapur saya...tak sabar tengok bila dah siap..

Ah Cheng tengah siapkan ruang depan (garaj) dan rak kasut.

August 25, 2011

Mummy dan Abg Ilhan (UK) Balik ke Malaysia


Raya kali ini kami dapat beraya bersama mummy dan abg ilhan..dah dua tahun abg ilhan dan mummy tak balik ke Malaysia. Rindu rasanya, mari kita lihat gamabar semasa kami menunggu mummy dan abg Ilhan di KLIA airport...








Clarks First Shoes : For Kids

Wah baru-baru ini ibu dah ayah belikan kasut clarks untuk kimi. Kali ini kimi akan lebih bergaya pada hari raya nanti. Mummy juga telah membelikan kasut Clarsk buat kimi, tapi mummy beli kat Uk saiz 5, ibu beli saiz 6. Untuk pengetahuan semua, kaki kanak-kanak berumur setahun ke dua tahun mereka muat untuk saiz 5 atau 6 sahaja, mengikut juga pada saiz kaki kanak-kanak tersebut. Tetapi kebiasaan pada peringkat umur setahun saiz 5. Mari kita tengok model kasut kanak-kanak jenama Clarks...
Inilah kasut Kimi


Ini modelnya...

Kimi dan kasut Clarks

Opps....

Nanti ibu download kasut clarks yang mummy belikan pulak yea...wah dua pasang kasut clarks kimi untuk tahun ini dan dan harap-harap untuk tahun depannya sekali...

July 29, 2011

Senarai tawaran bidang Biasiswa-Bidang Ekonomi

20 PhD AGRICULTURAL ECONOMICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
21 PhD ISLAMIC ECONOMICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
22 PhD ECONOMETRICS AND STATISTICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
23 PhD GROWTH AND DEVELOPMENT ECONOMICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
24 PhD INTERNATIONAL TRADE & FINANCE/DYNAMICS GAMES/GAMES THEORY ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
25 PhD ENVIRONMENTAL ECONOMICS/GREEN TOURISM ECONOMICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
26 PhD INDUSTRIAL ECONOMICS AND ORGANIZATION ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
27 PhD MONETARY/FINANCIAL ECONOMICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
28 PhD LABOR ECONOMICS ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
29 PhD KNOWLEDGE-ECONOMY (K-ECONOMY)/ECONOMICS OF INFORMATION ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
30 PhD POLITICAL ECONOMY/DEMOGRAPHIC ECONOMICS/REGIONAL ECONOMY ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
31 PhD ECONOMICS POLICY ANALYSIS/OPTIMAL POLICY ( PENSYARAH UITM )
Isi Borang Permohonan
32 PhD MICROECONOMICS/MACROECONOMICS THEORY ( PENSYARAH UITM )
Yang mana satu bidang yang sesuai untuk saya sambung belajar? Kena buat perancangan yang rapi. Pilih tajuk yang betul-betul nak buat dan bersesuaian dengan tawaran biasiswa uitm.Harap bila dah daftar belajar tidak mengalami masalah tukar tajuk.PHD is a journey.... 
Isi Borang Permohonan

July 5, 2011

Majlis Perpisahan Dr Chandaran bersama Jabatan Ekonomi

Ingin saya rakamkan Majlis Perpisahan Dr Chandran yang telah diadakan tempoh hari. Kami dikehendaki memakai pakaian seragam kami sewaktu di majlis tersebut. Mari kita lihat gambar kenagan kami di Jabatan Ekonomi.











Ini potret wajah istimewa Jabatan Ekonomi..