April 4, 2012

Lawatan Muhibah JPNR di Zon Jementah

Tarikh/ waktu : 3 April 2012 / 8.00 mlm

Laporan : Terima kasih diucapkan kepada JPNR kerana sudi menjayakan lawatan muhibah. Walaupun malam tadi keadaan hujan, tetapi misi tetap berjalan dengan lancar. Lawatan berakhir sehingga jam 11.00 malam. Turut hadir ialah EN Roslan, En Zul dan beberapa jpnr turut membantu.

Tindakan : Dari pemantauan kami, di zon Jementah rata-rata pelajar menguhuni di Taman Harmonis, Taman Dedap dan Taman Sengkang Jaya. Kebanyakkannya ialah ramai pelajar diploma menghuni di zon Jementah berbanding pelajar degree. Rata-rata jiran dan tuan rumah di Taman Sengkang Jaya ialah penduduk cina berbanding Taman Dedap dan Taman Harmonis adalah penduduk melayu.






En Zul dan jpnr
di Tmn Sengkang Jaya


pelajar diminta isi borang maklumat pelajar





En Roslan memberika penerangan

Diiringi pemandu uitm johor

April 2, 2012

Laporan Bulan Mac 2012



 KURSUS KEPIMPINAN JAWATANKUASA PERWAKILAN NON-RESIDENT (JPNR) 2012- Ke Arah Memperkasa Mahasiswa NR


Tarikh : 29 Feb hingga 2 MAc 2012 
Hari : Rabu hingga Jumaat
Tempat : Kem Alang Sendayu, Gombak
                   Batu 12 3/4.



AHLI JAWATANKUASA
Penasihat            : En Abd Rahim Abd Majid
                           Ketua Unit Pengurusan NR
  
Pengerusi            : Ustaz Kamarulzaman Sulaiman
                            Ketua Pegawai Pembangunan Pelajar NR

Setiausaha          : En Wan Mohd Roslan Wan Mohd Rosly
                            Pen. Pengurus Asrama

                            Puan Rafidah
                            Pen Pengurus Asrama
 
Sekterariat          : Pn Nor  Azurah Bt Md Kamdari
                            Pegawai Pembangunan Pelajar  NR

                           : Cik Nor Ashikin Hassan
                            Pegawai Pembangunan Pelajar NR

                             : En Zulkiflee Yeop
                             Penyelia Asrama Kanan 
 
  PESERTA

 Exco Jawatankuasa Perwakilan Non Resident
 Exco Sekretariat JPNR

 
OBJEKTIF 
  •  Memantapkan organisasi kepimpinan JPNR.
  • Membuat perancangan aktiviti JPNR 2012.
  • Sebagai satu medium untuk berdiskusi mengenai masalah dan mencari penyelesaian berkenaan pembangunan pelajar NR dan kebajikan pelajar NR UiTM Johor.
  •  Membina ketahanan mental dan fizikal dalam diri Exco JPNR. 
sumber : kertas kerja Cik Ashikin Hassan

Antara aktiviti program ialah :-
1. Taklimat Program & Perjumpaan Bersama Rektor & Timb. Rektor HEP
 2.Ice Breaking
 3. LDK 1- Kepimpinan yang terpimpin

 4. LDK2  -Pengurusan & Kewangan  

5. LDK 3 : River Crossing
6. Taklimat Aktiviti Pelajar & Penulisan Kertas Kerja
7. LDK 4 : Simulasi Program
8. Taklimat Pengurusan UiTM, UiTM Caw. Johor dan Non Resident  
9. Night Walk
 10. Explo Race /Abseiling/Flying Fox  
11. Sesi Dialog dan Majlis Penutup
12. Solat fardu berjemaah bagi setiap waktu, termasuk kuliah Subuh.

    Ustaz Kamarulzaman dan Cik Ashikin sebagai fasilitator

    Aktiviti LDK


    Pembentangan Kumpulan

    LDK


    Perbentangan kumpulan






    Asri Presiden JPNR
    Shooting Drama Bunga-Bunga Syurga Slot Zehra Tv3 berhampiran di kaw kem kami

    Kaw Kem kami..

    En Faizul memberikan taklimat HEP kepada para pelajar nr.

    Kami berkesempatan melihat kerja2 shooting..

    Pn Azura, bersama Dato Eizlan Yusoff (pelakon drama tersebut)

    Ustaz bergambar kenangan bersama Johan Ashari dan Dato Eizlan Yusoff



    Laporan JPNR Bulan Febuari 2012

    Tarikh/Masa : 29 Feb 2012, 8.00 mlm

    Laporan : Menerima jemputan makan malam dan majlis perpisahan pelajar part 6 di rumah pelajar NR di Taman Dedap. Pelajar-pelajar tersebut juga menjemput pensyarah lain yang mengajar mereka turut hadir. Secara tak langsung, saya dapat peluang mendekati pelajar yang rata-ratanya pelajar part 6 yang tinggal di luar asrama.


    Tindakan : Berkesempatan dengan majlis itu, saya telah memberi ucapan dan taklimat sedikit sebanyak tentang peraturan pelajar NR yang tinggal diluar. Anggaran 30 orang pelajar yang hadir ke majlis tersebut. Makanan disediakan oleh para pelajar,secara bergotong royong.  

    Berikut adalah beberapa gambar yang dapat diambil di sekitar majlis tersebut.

    Di dalam rumah pelajar non resident (nr)

    Di bahagian depan rumah pelajar (garaj kereta)



    Di halaman rumah pelajar (sedang membakar barbeque) rumah corner lot Taman Dedap

    Disebabkan kawasan rumah ini luas, maka pelajar kediaman ini mengambil kesempatan untuk menganjurkan majlis ini


    Inilah pelajar kediaman ini. Ketua rumah Nurul Najwa.

    Laporan JPNR bulan Oktober 2011


    Tarikh / Masa


    Laporan

    Tindakan
    Tarikh : 10 /10/2011
    Masa :2.00 petang
    Menerima maklumat daripada jiran di Taman Dedap tinggal seorang pelajar degree yang merupakan pesakit kurang upaya.Beliau tinggal bersama kedua ibu bapanya. Tetapi ayah masih bekerja di daerah luar.Hanya ibu sahaja yang menemaninya. Timbul masalah pengangkutan apabila pelajar mempunyai kelas malam.
    Telah berjumpa dengan ayah pelajar tersebut dan memberikan penjelasan tentang sistem pengangkutan bas UiTM untuk pelajar yang tinggal diluar.

    Tarikh : 11 /10/2011
    Masa :1.00 petang

    Menerima maklumat bahawa ramai pelajar Uitm mencari rumah sewa. Di fahamkan pelajar diploma bermula part 5 perlu ditempatkan luar asrama.
    Cuba memberi maklumat tentang rumah sewa disekitar kawasan Jementah dan Segamat.

    Tarikh : 12 /10/2011
    Masa :3.00 petang



    En Syed selaku ketua penduduk Taman Harmonis, Jementah telah ajak berbincang untuk membuat satu perjumpaan dengan pelajar Non Resident di Taman Harmonis. Tujuan perjumpaan diadakan adalah untuk mendedahkan dan memberitahu undang-undang pelajar UiTM. 
    Kami telah berbincang tarikh dan waktu yang sesuai untuk diadakan perjumpaan dengan pelajar non resident yang menyewa di Taman Harmonis.Turut yang akan hadir adalah Pegawai Pembangunan Pelajar Non Resident (PPPNR), pihak  jawatankuasa penduduk Taman Harmoni dan pihak polis.




    Tarikh / Masa


    Laporan

    Tindakan
    Tarikh : 19 /10/2011
    Masa :4.00 petang
    Mendapat aduan daripada En Syed Pengerusi taman Harmonis tentang pelajar nr di Taman Harmonis membuat bising pada jam 10 mlm (mlm minggu) ketika mengadakan jamuan makan harijadi. Kesannya telah mengganggu jiran-jiran berdekatan.
    Membuat rondaan dan ingin mengenalpasti pelajar yang tinggal di Taman harmonis. Soal selidik dan memberi peringatan.