April 4, 2011

Kimi dan Kereta Mainan

Baru-baru ini, ibu telah memperkanalkan Kimi dengan permainan baru. Ibu dan ayah  jumpa permainan nie kebetulan ingin membeli kuih di pasaraya Giant untuk gotong royong di Taman perumahan kami. Tiba-tiba kami ternampak permainan kereta mainan yang perlu masuk duit syiling untuk menggerakkan kereta mainan tersebut. Tetapi beruntungnya kami kerana kereta mainan ini sentiasa berfungsi dan bergerak tanpa memasukkan wang syiling. Kimi pun mencubanya satu persatu...

Apa yang mengejutkan ibu dan ayah ialah Kimi tidak mahu turun dari permainan kereta tersebut...adusss..... susahnya nak leraikan tangan Kimi dari stereng tu...lama-lama ibu suruh ayah sentap perlahan-lahan dan pulang. Kalau tidak, pasaraya Giant tutup sekali pun Kimi tidak mahu balik daripada bermain dengan kereta mainan....

Moral: Ibu bapa jangan terlalu mendedahkan anak-anak dengan permainan yang sangat mengasikkan.













No comments:

Post a Comment