Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok amat terkesan di dalam hati saya. Penulisan oleh Prof Muhd Kamil amat menyentuh fikiran saya. Ulasan tentang buku ini pernah keluar di Selamat Pagi Malaysia di TV 1. Tatkala itu, saya sedang menonton TV. Teruja saya melihat Prof di kaca tv. Bila saya baca buku ini, saya berfikir tidak semua orang yang jahil, Allah tidak sayang, akhirnya Allah membuka pintu hati untuk mengubah cara hidup. Cara hidup yang lebih membawa ke syurga.
Antara dialog yang amat terkesan bagi saya ialah "saudara saudari adalah anak-anak saya. saya mahu saudara saudari bersembahyang. Bersembahyang bersama ayah disini, di masjid ini. Inilah rumah kita untuk kita bertemu. Setiap hari. Saya akan sentiasa berada disini bersama saudara saudari. Sekiranya ada sebarang masalah, mengadulah kepada saya disini. Tidak perlu pergi ke pejabat."
Ini adalah diaolog yang membuatkan hati saya berasa kagum!
Memang sukar untuk berjumpa dengan pengarah. Lebih-lebih lagi Pengarah Universiti. Sentiasa sibuk dengan tugasan-tugasan rasmi universiti. Sedangkan masa bersama keluarga pun terhad, inikan pula masa bersama pelajar-pelajar. Semoga disuatu masa lain, saya dapat berjumpa Pengarah seperti Prof Muhd Kamil.
Mari dapatkan buku Travelog Dakwah |
No comments:
Post a Comment