April 4, 2011

Nenek and baby Imran...

Hampir setiap hari nenek menguruskan baby Imran. Mandi, pakaikan baju dan menguruskan hal-hal lain. Besar jasa nenek kepada cucu-cucunya. Nenek terbiasa menjaga baby kecil kerana dari sejarah nenek dahulu, nenek biasa menjaga dan membesarkan adik-adiknya dahulu seramai 10 orang. Wah...satu kemahiran yang bukan semua orang ada untuk menjaga baby kecil dan kanak-kanak kecil. Bukan senang untuk menguruskan kanak-kanak kecil kecuali bagi orang yang memang sudah biasa menjaga anak kecil.

Tengok, besar sungguh pengorbanan ibu bapa membesarkan anak-anak mereka. Jasa mereka tidak dapat dibalas dengan wang dan ringgit. Ibu tidak pernah mengenal letih dan jemu dalam menguruskan anak, walaupun  sejak bayi di dalam kandungannya lagi. Begitu besar pengorbanan ibu...termasuklah ibu saya walaupun sampai menjaga cucunya sendiri.
nenek mandikan baby imran



Baby imran selepas mandi



Kimi sibuk nak mengacau baby imran..
 

No comments:

Post a Comment