June 14, 2011

Kimi dan Jenjarum..

Pada bulan lepas iaitu 7 Mei yang lepas Kimi telah menghadiri majlis baby imran di jenjarum di Klang. Wah begitu sibuk juga si kecil ini menghadiri kenduri tersebut. Lebih-lebih lagi Kimi pergi bersama atok, nenek, kak Cha dan ibu...

Kami berangkat dengan menaiki kereta atok..nak dijadikan cerita kereta atok mengalami kerosakan aircond. Wah memang panas lebih-lebih lagi bila tingkap terpaksa dibuka.Keadaan kami  jadi haru biru apabila kami berada dihighway. Apa tidaknya kami terpaksa mendengar bunyi bising kenderaan yang lalu. Lebih-lebih lagi bunyi bising dari lori ataupun bas. ha..ha...itulah penangan kami hadapi untuk menghadiri majlis baby imran di jenjarum.
Kimi pun panas...

Sempat berposing....bersama nenek
Bila kami sampai di jenjarum, kami dihidangkan dengan makan tengahari....wah leganya bila dah sampai. Kami bercadang untuk tidur semalam sahaja di jenjarum. Saja nak merasai tidur di jenjarum. Kebetulan cuaca pulak musim panas.Kipas bilik terpaksa dibuka dengan laju. Berikutan kereta atok tu pulak, Atok pun beriktiar untuk cari workshop. Akhirnya aircond kereta atok telahpun dibaiki. Bila balik kami tidak kepanasan lagi.. Mari kita lihat suasana majlis baby imran...
 Juadah makanan telah ditempah oleh nenek Yah...Wah macam-macam lauk ada...buat Aqiqah untuk baby imran sekali...daging lembu..
Majlis kenduri dengan beberapa dulang

Rewang...dari jiran dan saudara terdekat

Kimi asik berkepit dengan ibu




Ha...yang ini kimi dah nak jelous sebab ibu pegang baby imran


Baby imran dengan papa

Giliran Atok pulak gunting jambul baby imran

Kimi sempat menjengah....

P//s: Maaf kepada penggemar pembaca blok saya...Kelewatan ini, blog saya tidak dapat update selalu kerana wayer handfhone saya rosak..insyallah masalah ini sudahpun dapat diatasi dengan adanya wayar handfhone yang baru...Lepas ini ada banyak lagi perkembangan cerita terbaru tentang kimi...nantikan....

No comments:

Post a Comment