March 8, 2013

Carrot Cheese Cake Resepiku

 
Bahan-bahannya:-
 
Kek
 
120 gm gula caster
120 gm gula merah (halus)
4 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan kismis
1 cawan hazel nut
1 1/2 cawan carrot (disagat halus)
1 sudu serbuk kayu manis
Tepung kotak (dah siap dgn penaik)
1 sudu Susu pekat
 
topping
 
90 gm gula ising
200 gm cheese (suhu bilik)
90 gm butter unsalted/salted
 
Cara-caranya:-
 
Panaskan oven dulu, kuarkan cheese awal,supaya tak beku sejuk.
 
1. Pukul 120 gula caster,120 gula merah (halus),4 biji telur (telur tu masukan 1 persatu) bila dah kembang kemudian masukan 1 1/2 cawan minyak jagung,
2. Masukan 1 cawan kismis, 1 cawan hazel nut' , 1 sudu serbuk kayu manis dan  1 1/2 cawan carrot (disagat halus). Gaulkan sebati. Kemudaian masukan Tepung kotak (dah siap dgn penaik) gaulkan sehingga sebati. Akhir sekali masukan  1 sudu Susu pekat.
Bakar dalam oven selama 45min suhu 180 darjah.(bergantung kepada oven). bila dah siap bakar, sejukan, bila dah sejuk boleh letak toppingnya.. iaitu pukul 90 gm gula ising bersama 90 gm butter unsalted/salted bila dah kembang masukan cheese. dah agak2 kembang tu bolehlah letakkan atas kek kita tadi.decorlah mengikut kemahiran masing-masing....
 
 
 
 
 
 
Ini kek hari jadi untuk kanak-kanak...carrot cheese cake...ta..da..
 
 
 
cantik tak?
 
 

No comments:

Post a Comment