March 22, 2013

Kebakaran di KG Badak, rumah pelajar NR terlibat

Jumaat, 22 Mac 2013,

Kejadian kebakaran berlaku malam tadi, disekitar jam 10 malam. Lokasi berlaku di batu 4, kg bt badak, segamat... Di ketahui 3 orang pelajar siswa yang menginap dirumah tersebut. Rumah tersebut terbakar sewaktu ketiadaan mereka dirumah.

Pagi tadi Cik Shikin PPPNR dan Pn Rafidah pegawai dan suami, mendapat laporan dan bergegas untuk ke tempat kejadian. Laporan polis dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan. Punca kebakaran dan kerugian belum lagi diketahui.

Dingatkan kepada para pelajar agar menjaga keselamatan di dalam rumah. Tutup segala plak elektrik selepas digunakan. Ketika tiada dirumah tutup semua punca elektrik agar tidak berlaku lintas pintas dan pastikan tutup dapur gas apabila sudah memasak. Kebakaran boleh berpunca daripada kecuaian kita.

                                              Rentung, mujur tiada kemalangan jiwa berlaku

                       Difahamkan, tuan rumah tinggal berhadapan dengan tempat kejadian

                                 Polis datang untuk mengambil laporan dan membuat siasatan


No comments:

Post a Comment