February 24, 2011

Meeting Jabatan Ekonomi Feb 23 2011

Semalam 23 Feb Jabatan Ekonomi telah mengadakan meeting. Membincangkan tentang ATA sistem sem baru. Memang pening betul. Tapi saya ringkaskan pada semester depan ialah :-
                       Diploma: Sem May-Oct 2011
                       Lecture: 30 May 2011- 13 Sept 2011
                       Final     : 19 Sept 2011- 9 Oct 2011
                       Sem Break : 10 Oct 2011 - 20 Nov 2011
So kalau saya nak mohon cuti ialah pada :-
                       Week 1 (30 May 2011)- Week 7 (15 July 2011) 
So, kawan-kawan yang mengajar diploma sahaja bolehlah gunakan tarikh-tarikh ini buat peringkat awal (supaya kita tak pening kepala kerana semester baru yang bertukar sistem) 

Para pensyarah yang akan mengajar Malaysian Economy ialah:-
  1. Puan Nor'Azurah Md Kamdari (Ketua Kursus Malaysian Economy) (2 group)
  2. En Azman Ali (2 group)
  3. Tuan Hj Mustaffa Idris (1 group)
  4. Cik Nor Azira Ismail (1 group)
  5. Cik Rosmah Bt Abd Ghani (1 group)(jumlah sebenar pelajar belum diketahui bergantung kepada pendaftaran pelajar)
Hal Pekeliling baru ialah:-
  1. Pengesahan pensyarah baru mesti menjalani latihan industri selama 12 bulan.
  2. Kenaikan pangkat pensyarah mesti menjalani 6 bulan latihan industri. (sistem baru) dan mesti selepas 5 tahun dalam perkhidmatan.
Perkara di atas merupakan maklumat terkini yang perlu kami semua tahu.Semakin hari semakin mencabar dalam meneruskan tugas sebagai pensyarah di UiTM. Semoga kami semua berdedikasi dan ikhlas dalam menjalankan tugas masing-masing.

Terima kasih kawan-kawan yang sudi belanja masa meeting semalam Tan, Ana dan Fariza. Dapat kami semua makan kek di secret resepi..(he...he...he...).

Tazkirah: Semoga tugas dan pekerjaan (ibadat) kami ini di berkati Allah.Amin.....

Gambar kami masa kolokium di Uitm Penang ( 16-19 Dis 2010)
Ira, Tan, Zura and Fariza
Tan and Zura
Tan and Zura (feri Penang)
Ira and Tan
Tan (feri Penang)
Zura and tan
Ira and Zura

No comments:

Post a Comment