February 17, 2011

Aktiviti baru Ayah..

Sejak ayah berkawan dengan cikgu Ajis dan cikgu ajis pun baru jer berpindah ke Taman rumah kami ayah dah ada hobi baru.. iaitu menanam pokok..tanah yang terbiar sekian lama disebelah rumah kami telah diusahakan dalam proses kemaskini. Pokok-pokok yang tak sepatutnya ada telah ditebang dan dikemaskan supaya keadaannya tidak semak.Mari kita tengok kerja-kerja ayah kimi...Oh yea..
Antara anak pokok yang ayah tanam ialah pokok limau kasturi, limau purut, pokok mangga,pokok rambutan dan pokok cempedak..harap-harap berhasillah pokok tersebut.Dapatlah Kimi merasa nanti.
Moral: Berjasa pada tanah, tanah akan berjasa pada kita..







Harap-harap hobi ayah berpanjangan....lepas ni tanam di kebun sendiri pulak.. So inilah keadaan sekeliling rumah kami buat sementara ini. Harap-harap ibu jadi beli rumah sewa kami.Ayah ajak pindah rumah baru kami di Taman Sri Mewah Jementah. Insyaallah bulan Jun ini kami berpindah.Tapi suatu hari nanti lepas rumah di Taman Dedap telah diubahsuai, kami akan berpindah disini semula..dekat dengan rumah antie Rohaya..(pengasuh kimi) Lagi pun komuniti di Taman Dedap adalah kaum Melayu.Ayah nak ke surau pun dekat jer...dekat dengan cikgu Fadil dan cikgu ajis. Berbanding di Taman sri Mewah komuniti ramai Cina..Erm..takpelah nak rasa tinggal rumah baru dulu..
Moral :Semoga harta-harta yang dikurniakan Allah memberikan kemudahan dan diberkati Allah.Amin...

No comments:

Post a Comment