Bila saya kenangkan semula, bagi saya setiap kali bulan kelahiran saya, dengan izin Allah ada pula rezeki saya yang masuk pada bulan tersebut. Contohnya, saya mendapat tawaran pertama di Kolej Yayasan Melaka pada 7 Feb 2007, sebagai pensyarah ekonomi di Sekolah Pengurusan Perniagaan selama 1 tahun. Di ikuti pula pada tahun berikutnya, mendapat tawaran pensyarah ekonomi di Uitm Johor pada 15 Feb 2008.
Kini setelah 3 tahun, saya berjaya menerima pengesahan jawatan saya pada 6 Feb 2011. Allhamduliah ini semua rezeki dari Allah dan saya amat bersyukur sangat dengan kurniaan Allah selama ini.
Semoga usaha dalam menjalankan tugas (ibadat) saya ini diberkati Allah. Allah menjadikan manusia itu dengan berbagai-bagai kemahiran. Alhamduliah, Allah mengurniakan saya kemahiran mengajar, mungkin saya mewarisi pekerjaan emak saya (Pn. Rosnah Mansor) sebagai guru kafa di Sek Ren Agama Tehel(ditempat kelahiran ayah).
Setiap ibu bapa ingin melihat anak mereka akan menjadi insan yang berguna. Semoga usaha kedua ibu bapa saya selama ini, yang telah menyekolahkan saya menerima ganjaran dari Allah. Tidak dapat saya membalas jasa mereka.Tanpa kesusahan mereka tiadalah saya pada peringkat sekarang ini.
Semoga hasilnya, saya dapat berkhidmat kepada kedua ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Semoga ilmu-ilmu yang telah saya disampaikan kepada pelajar-pelajar saya boleh dimanfaatkan pada kehidupan seharian. Ini kerana 3 perkara yang tidak putus setelah matinya anak adam itu ialah
- Doa anak yang soleh
- Amal jariah
- ilmu yang dimanfaat (semoga saya dapat mengumpulkan usaha-usaha saya dalam menyebarkan ilmu yang mana boleh memberikan kebaikan semasa diakhirat kelak).
Rakan-rakan KYM |
Bersama kak Shira |
No comments:
Post a Comment