Hari ini hari kedua putera saya demam..dia lama tak pernah demam sekali demam terus kena demam campak..alahai kesiannya anak ibu..yang sedihnya bila tengok dia muntah dengan banyak setelah minum susu..Yela mungkin perut rasa tak sedap dan kepala pun pening dek disebabkan suhu badan yang panas..bila tanyakan jiran nak buat macamana mereka nasihatkan mandi dan minumkan Kimi dengan air kelapa muda.jadi suami pun mencari air kelapa muda (panjat sendiri).So lebih fresh air kelapa tersebut baru petik dari pokok kelapa yang sangat rendang.(tak tinggi mana pun pokok kelapa tu).Alhamduliah setelah mandikan dgn air kelapa muda dan minum airnya, suhu badan kimi beransur. Pergi Klinik Zohar semalamnya check suhunya mencapai 40 darjah..panas tu.. yang membuat tersentuh hati saya bila kimi ni dia demam dia diam jer,baring dalam buaian dia, dan bermenung sorang-sorang tanpa merengek.Pada tengah malam pun tak merengek nangis, paling tidak pun dia tak tidur dan memeluk saya semasa saya tidur.Alah kesiannya anak ibu, tak ganggu pun ibu tidur.
"Kimi ibu harap dan ibu doa dalam tiap-tiap solat ibu setiap masa, kimi cepat sembuh dari demam campak, ibu tahu kimi rasa tak selesa, rasa panas dan nak bermain seperti biasa pun tak boleh,walaupun ibu tahu kimi suka bermain." Kimi rehat dulu bagi demam campak tu baik cepat, nanti kimi boleh main macam biasa...sayang anak ibu...."
No comments:
Post a Comment