Baru- baru ini saya telah membaca ayat-ayat cinta. Mungkin saya diantara orang yang terlewat membaca novel ini. Bila dah baca, ternyata novel ini sungguh bagus sekali kerana menceritakan Fahri seorang yang berjiwa kental dalam mengharungi hidup sebagai pelajar Mesir. Beliau berasal dari orang susah sehinggakan terpaksa menjualkan sebidang tanah, untuk menyambungkan pengajian di Mesir. (teringat saya semasa nak menghabiskan pengajian Master (research) bukan satu kerja senang untuk menyiapkan penyelidikan sepenuh masa dalam penulisan thesis. Buku beliau memotivasikan setiap pembacanya lebih-lebih lagi kepada pelajar yang ingin menyiapkan thesis master.
Bagusnya buku novel ini memberikan fakta sahih besertakan rujukan atau kitabnya sekali. ternyata penulis novel ini sungguh mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama. Saya amat galakkan siapa yang belum membaca novel ini, bolehlah membacanya. Filem Ayat-ayat Cinta juga tidak kurang hebat juga! DVDnya saya ada juga..
No comments:
Post a Comment