May 27, 2011

100 Tips Diet

Saya terjumpa laman web mengenai tip-tip untuk nak berdiet. Bagus untuk dikongsikan bersama-sama. Agar menjadi panduan untuk kita bersama!
(Maklumat diperolehi di http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php)

100 Tips Diet Terbaik


Anda mempunyai dilema diet yang masih belum diselesaikan?Ikuti 100 tip di bawah:

Apakah yang boleh dilakukan jika saya boleh menerima 1 perubahan diet sahaja?

1. Tambahkan hanya 1 sajian buah atau sayuran sehari. Sesuaikan dahulu penerimaan tubuh, kemudian tambahkan lagi sehingga mencapai 8 hingga 10 sajian sehari.

2. Ambil sekurang-kurangnya 2 sajian buah atau sayuran setiap kali waktu makan.

3. Tanamkan tekad. Anda tidak mahu 'membesarkan' saiz makanan.

4. Jadikan waktu makan 1 tujuan utk menyihatkan badan.

5. Mula amalkan sarapan pagi yang lengkap.

6. Pastikan pinggan anda diisi dgn separuh sajian sayuran dan/atau buah-buahan setiap kali waktu makan tengahari dan malam.

Adakah sebarang tip mudah untuk mengurangkan kalori?

7. ketika makan di luar, makan hanya setengah dan setengah lagi bungkus bawa balik.

8. Pesan 1 saja pemanis mulut utk dikongsi bersama.

9. Gunakan pinggan salad.

10. Letakkan makanan di atas pinggan. Jangan makan terus dari balang.

11. Isikan pinggan dgn sayuran dahulu. Kemudian barulah letakkan daging dan nasi.

12. Sekiranya anda minum 8 auns susu rendah lemak sehari, berat badan anda boleh berkurang kira2 2.5 kg setahun.

13. Jus buah-buahan juga tinggi kalori. Bataskan kepada 8 auns sehari.

14. Dapatkan kalori drpd makanan bukannya minuman.

15. Simpan jurnal makanan.

16. "Makan semasa lapar, berhenti sebelum kenyang"

17. Gunakan sos biji sawi (mustard) berbanding mayonis.

18. Lebihkan sup. Sup jernih lebih rendah kalori.

19. Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis.

20. Bawa bekal makanan sendiri.

21. Duduk tertib semasa makan.

22. Campurkan jus dengan air.

23. Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.

24. Makan masakan sendiri di rumah.

25. Hadkan pengambilan alkohol. <---non muslim

Bagaimana caranya untuk menikmati sayur-sayuran?

26. Ambil jus tomato semasa minum petang.

27. jadikan hidangan sayuran lebih menarik dan sedap.

28. Campurkan 3 jenis kekacang di dalam salad.

29. Anda perlu ingat bahawa sup sayur itu sebenarnya adalah sayur.

30. keledek juga adalah sayur.

31. Campurkan bayam ke dalam sandwich, sup, pasta dan salad.

32. Jangan lokek untuk membeli sayur yang telah sedia untuk dimakan.

33. Anda benar2 bencikan sayur?Lebihkan buah-buahan.

34. Simpan 7 jenis sayuran yg anda paling suka. Campur, hangatkan dan tambahkan sos kegemaran anda. Mudah kan!

Apakah jampi untuk kekal dgn diet yg diamalkan?

35. "Sajian terbaik makanan tinggi kalori yang jumlahnya sedikit. Sajian terbaik sayur-sayuran yang jumlahnya banyak".

36. "Nafsu makanku hanya sementara apabila tumpuanku pada perkara yg lain".

37. "Saya mahu nikmati hidup lebih lama".

38. "Saya sedang bekerja keras sekarang ini".

39. "Adalah lebih menyakitkan menjadi gemuk berbanding berhenti makan sekarang".

Saya ambil makanan berkhasiat tetapi masih gemuk. Apakah silap saya?

40. Elak waktu makan.(Jangan elak waktu makan)

41. Tidak menganggap diri gemuk. (Diri sendri x kisah susah la beb)

42. Makan terlalu banyak. Bukanlah apa yg anda makan tetapi berapa banyak yg anda makan. (Kalau berkhasiat tapi makan banyak2 camne nak kurus beb)

43. Makan terlalu banyak biskut sebagai snek.

44. Tidak memperdulikan 'saiz sajian' di panel fakta nutrisi.

45. Mengunyah 1 mangkuk penuh kacang sebagai snek.

46. Mengaggap 'energy bar' dan 'fruit smoothie' rendah kalori. (Tinggi kalori ni kalau makan byk2)

Apakah yang boleh saya makan sekiranya saya malas memasak?

47. 'Smoothie' yang dibuat drpd susu rendah lemak, buah-buahan beku dan germa gandum.

48. Burger segera paling kecil(dgn sos biji sawi dan sos tomato, bukannya mayonis) dan tanpa minuman berkalori.

49. Sandwich mentega kacang di atas roti gandum penuh bersama satu gelas susu rendah lemak dan sebiji epal.

50. Kepingan ayam dan brokoli beku (hangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro) bersama keju parmesan.

51. Salad ayam bersama segelas susu rendah lemak.

52. Telur hancur (masak di atas kuali tidak melekat)

53. Sayur beku dihangatkan di dalam ketuhar gelombang mikro, tambahkan keju parmesan dan 2 sudu besar hirisan kacang.

54. Salad tuna, tomato ceri, hirisan keju rendah lemak dan sos itali rendah kalori.

55. Roti gandum penuh bersama hirisan salami, keju rendah lemak, tomato, sos biji sawi bersama lobak putih.

56. Panaskan 1 tin sup.

57. Bijirin, buah dan susu tanpa lemak.

58. Sandwich sayuran.

59. Hirisan buah-buahan bersama yogurt rendah lemak.

Apakah nasihat terbaik utk elak berat badan naik ketika bercuti?

60. Elakkan kata2 "saya sedang bercuti"

61. Makan sedikit sebelum jamuan bermula.

62. Di dalam restoran, jangan duduk dekat dgn makanan.

63. Nikmati makanan tinggi kalori di akhir sekali.

64. Sepanjang percutian, pakai baju yg agak ketat utk mengelakkan ruang pembesaran badan.

65. Jangan kasihan pada makanan.

66. Berjalan2 di sekitar pusat membeli belah sebelum mula membeli.

67. Jadikan senaman 1 keutamaan yg tidak boleh dikompromi.

68. Menari. Inilah aktiviti pembakar lemak yg paling mudah dilakukan.

Saya suka makanan manis, bagaimana hendak mengelakkannya?

69. Sekali sekala, ambil salad kosong utk makan tengahari dan makan malam untuk menikmati pemanis mulut sepenuhnya.

70. Tetapkan hati (memang sukar tetapi berbaloi)

71. Pilihlah aiskrim rendah lemak bersama buah-buahan.

72. Elakkan pemanis mulut selama 2 minggu.

73. Makan lebih banyak buah-buahan (manis juga kan)

74. Nikmati pemanis mulut tetapi hadkan pengambilannya kepada 150 kalori sehari.

75. Cuba pemanis mulut yg kurang manis ini. Koko panas tanpa gula, buah anggur beku, gula2 getah tanpa gula dan aiskrim rendah lemak.

Bagaimana untuk elakkan mengunyah di tengah malam?

76. Ambil sarapan, makan tengahari dan makan malam.

77. Makan di atas meja makan dengan tertib.

78. Nikmati teh perasa raspberi sejuk tanpa gula.

79. Penuhi waktu mlam dgn aktiviti berfaedah selain makan.

80. Sekiranya anda makan malam kerana emosi, jauhi balang makanan.

81. Letakkan papan tanda ini di dapur atau peti sejuk "Tutup selepas makan malam"

82. Berus gigi selepas makan.

83. Jangan makan sambil membaca atau menonton tv.

84. Makan malam bukanlah penyebab berat badan naik tetapi berapa banyak jumlah kalori yg masuk pada waktu itu.

Apakah faedah lain yang boleh didapati drpd berdiet?

85. Bebas lemak bukanlah selalunya yg terbaik tetapi ia membantu mengurangkan kalori yg diambil.

86. Mengelak sarapan boleh membuatkan anda mengidam makanan lain. Jadi jangan tinggalkan sarapan.

87. Sekiranya anda terasa lapar pada waktu petang, nikmati segenggam kacang.

88. Belum kenyang? Nikmati secawan yogurt rendah lemak. Perut lapar menyebabkan glukos menurun. Mengambil sedikit makanan berkhasiat merangsang otak dan tubuh anda.

89. Membuat sedikit perubahan pada tabiat makan dan jenis makanan boleh mengurangkan berat badan dgn lebih cepat.

90. Sayuran dan buah-buahan beku adalah lebih baik kerana selalunya ia dibekukan sebaik sahaja dituai, ia menyimpan segala zat nutrien di dalamnya.

91. Bimbang tentang kandungan lemak trans di dalam mentega kacang? Kebanyakan mentega kacang mengandungi kurang drpd 0.5gm lemak trans.

Apakah tip senaman yang boleh membantu?

92. Sebarang jenis senaman membantu menyekat selera makan.

93. Apabila anda bersenam, minum air sekerap mungkin.

94. Pasangkan muzik semasa berjalan atau berjoging, ia akan melekakan anda supaya berjalan atau berjoging lebih jauh.

95. Lakukan yoga. Ia membakar antara 250-350 kalori selama 1 jam.

96. Dehidrasi melambatkan kadar metaboliesme sebanyak 3%.Namun, kuncinya bukanlah berapa banyak anda minum tetapi berapa kerap anda minum.

Bagaimana mengendalikan makan kerana emosi?97. Dapatkan khidmat nasihat pakar diet atau pemakanan.

98. Carilah teman untuk berbual.

99. Sertai kumpulan sokongan yg boleh membantu anda mengurangkan berat badan.

100. Melayari internet juga boleh membantu. Layari laman web yg menawarkan program diet. Anda juga boleh bersoal jawab dgn pakar atau kaunselor melaui emel.

Kalau saya Wanita Aktif 30 Tahun, apa makanan 2000 kalori itu?

Saya mencari menu makanan untuk 2000 kalori. Sebagai menjadi panduan. Kalau tidak entah berapa kalori makanan yang saya makan setiap hari.Ini menu sihat bukan menu kurus.Kalau menu nak kurus saya akan dapatkan maklumat tersebut.

2000 Kalori
MASA
MENU 1
MENU 2
Sarapan Pagi Tosai - 1 Keping
Kuah Dhal - 4 sudu makan
Sambal - 1 sudu makan
Teh Tarik - 1 cawan
Nasi lemak - 1 cawan
Telur masak - 1 ½ hiris
Sambal ikan bilis tanpa kepala - 2 ½ sudu makan
Timun - ¼ hiris
Kangkong 1 cawan
Kopi dengan susu rendah
Minum Pagi Apam dengan kelapa - 2 biji
Ovaltine dengan 1 ½ sudu teh gula 1 cawan
Karipap daging - 1 biji
Susu rendah lemak dengan 1 ½ sudu teh gula 1 gelas
Makan Tengah Hari Nasi putih - 2 cawan
Kari sayur (dhall, lobak merah dan terung) - 1 cawan
Acar pudina dengan tairu - ½ cawan
Mangga - ½ biji
Air kosong - 1 gelas
Bihun goreng dengan udang, ayam, sawi dan taugeh - 2 cawan
Belimbing (sederhana) - 1 biji
Air kosong - 1 gelas
Minum Petang Payasam - ½ cawan
Susu segar - ½ gelas
Kuih Lapis - 2 keping
Epal - 1 biji
Teh / Kopi dengan 1 sudu teh gula 1 cawan
Makan Malam Capati masala berinti - 1 keping
Salad india dengan tairu - 1 cawan
Air kosong 1 gelas
Nasi putih - 1 ½ cawan
Ikan selar masak lemak - 2 ekor
Kangkong masak cili - ½ cawan
Sayur campur - ¼ cawan
Tauhu - ½ keping
Tembikai - 1 hiris
Air kosong - 1 gelas
Average calorie in percentage :
% calorie for Carbohydrate
=55
Fat
=30
Protein
=15
Reference : *Recepi Sihat by KKM & NSM (Maklumat diperolehi dari http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/MenuSihatDewasa.php

Kita perlu tahu pengiraan kalori!

Cadangan pengambilan kalori setiap hari (maklumat diperolehi di http://kalorimakanan.blogdrive.com/)

 
Dewasa 
        Umur (Tahun)         
Tenaga (Kalori)

Lelaki

 Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg


20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60


2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg

0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60

2,000
1,900
1,800
1,600














May 24, 2011

Buku Menarik : Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburahman

Baru- baru ini saya telah membaca ayat-ayat cinta. Mungkin saya diantara orang yang terlewat membaca novel ini. Bila dah baca, ternyata novel ini sungguh bagus sekali kerana menceritakan Fahri seorang yang berjiwa kental dalam mengharungi hidup sebagai pelajar Mesir. Beliau berasal dari orang susah sehinggakan terpaksa menjualkan sebidang tanah, untuk menyambungkan pengajian di Mesir. (teringat saya semasa nak menghabiskan pengajian Master (research) bukan satu kerja senang untuk menyiapkan penyelidikan sepenuh masa dalam penulisan thesis. Buku beliau memotivasikan setiap pembacanya lebih-lebih lagi kepada pelajar yang ingin menyiapkan thesis master.

Bagusnya buku novel ini memberikan fakta sahih besertakan rujukan atau kitabnya sekali. ternyata penulis novel ini sungguh mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang agama. Saya amat galakkan siapa yang belum membaca novel ini, bolehlah membacanya. Filem Ayat-ayat Cinta juga tidak kurang hebat juga! DVDnya saya ada juga..

May 16, 2011

Buku Menarik : Dalam Mihrab Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy

Wah...lepas tension menghabiskan marking paper final tempoh hari,  misi saya ialah membaca dan menghabiskan buku cerita yang saya beli pada Pesta Buku 2011. Antara buku yang saya dah habis baca ialah bertajuk Dalam Mihrab Cinta.. best!

Memandangkan saya sudah mula mengenal karya oleh Habiburrahman, saya mula mencari dan mendapatkan buku-buku karya beliau. Ternyata best...penceritaan yang tak membosankan berkisahkan pemuda bernama Samsul yang dituduh mencuri dan dibuang sekolah..kemudian dia betul2 menjadi pencuri kerana terlalu lapar tetapi akhirnya di kembali kepangkuan jalan. Kejayaannya telah membuka mata yang telah menghinanya dulu...boleh juga tonton dalam filem terbaru Dalam Mihrab Cinta. Saya belum tengok lagi,insyallah lepas ni pulak saya nak tonton filemnya pula....

Buku Menarik : Aku Mahu Saiz S oleh Ain Maisara

Masa minggu terakhir kuliah saya sempat menghabiskan buku novel kanak-kanak iaitu Aku Mahu Saiz oleh penulis terkenal sapa lagi kalau bukan kak Ain kita.. Saya meminjam dari anak buah saya Alicia (yang mummy dari Uk  belikan secara online)Memang ini buku kanak-kanak, tetapi yang dewasa ini pun seronok baca kisah di dalam buku tersebut.


Daripada buku tersebut saya mula minum air limau nipis pagi-pagi, amalkan sayur,buah-buahan dan berkadar sahaja makan nasi atau kabohidrat (jgn lebih) dan amalkan senaman. daripada situ saya tahu kita ada group kumpulan S dan dan kumpulan XL (nampaknya saya kumpulan XL la...) he..he... bagus juga baca buku ini, supaya boleh memotivasikan diri kita dengan diet dan menjaga pemakanan yang sihat.