May 16, 2013
My vocabulary today
Demonstrate- show, (The graph demonstrate/show a decrease in smoking.)
Obtain- get/received, (This is not easy obtain/get/received a good result).
March 22, 2013
Lawatan Rumah NR (Baru) Bt 7, Jln Muar
Isnin, 18 Mac 2013, 11.00 malam
Kami membuat lawatan di rumah NR yang baru siap dibina. Rumah baru NR ini di miliki oleh seorang usahawan penduduk di sekitar UiTM Segamat. Terdapat 10 pintu dan boleh diadiami seramai 4 orang untuk setiap pintu. Secara puratanya boleh didiami seramai 40 orang pelajar di rumah nr ini. Setiap bilik mempunyai bilik air masing-masing.
Lawatan kami disini adalah untuk mengambil peluang untuk mengenali pelajar yang menetap di sini. Meraka membuat aduan bas tidak lalu di kawasan rumah mereka. Insyallah, lepas ini kami akan meminta bas lalu di kawasan rumah mereka. Turut hadir dalam lawatan ini ialah Dr Halim Tim Rek HEP UiTM Johor ,EN Rahim Pengurus Asrama &NR dan PN Azura PPPNR Jementah.
Kebakaran di KG Badak, rumah pelajar NR terlibat
Jumaat, 22 Mac 2013,
Kejadian kebakaran berlaku malam tadi, disekitar jam 10 malam. Lokasi berlaku di batu 4, kg bt badak, segamat... Di ketahui 3 orang pelajar siswa yang menginap dirumah tersebut. Rumah tersebut terbakar sewaktu ketiadaan mereka dirumah.
Pagi tadi Cik Shikin PPPNR dan Pn Rafidah pegawai dan suami, mendapat laporan dan bergegas untuk ke tempat kejadian. Laporan polis dibuat dan siasatan lanjut akan dijalankan. Punca kebakaran dan kerugian belum lagi diketahui.
Dingatkan kepada para pelajar agar menjaga keselamatan di dalam rumah. Tutup segala plak elektrik selepas digunakan. Ketika tiada dirumah tutup semua punca elektrik agar tidak berlaku lintas pintas dan pastikan tutup dapur gas apabila sudah memasak. Kebakaran boleh berpunca daripada kecuaian kita.
Rentung, mujur tiada kemalangan jiwa berlaku
Difahamkan, tuan rumah tinggal berhadapan dengan tempat kejadian
Polis datang untuk mengambil laporan dan membuat siasatan

March 8, 2013
Carrot Cheese Cake Resepiku
Bahan-bahannya:-
Kek
120 gm gula caster
120 gm gula merah (halus)
4 biji telur
1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan kismis
1 cawan hazel nut
1 1/2 cawan carrot (disagat halus)
1 sudu serbuk kayu manis
Tepung kotak (dah siap dgn penaik)
1 sudu Susu pekat
topping
90 gm gula ising
200 gm cheese (suhu bilik)
90 gm butter unsalted/salted
Cara-caranya:-
Panaskan oven dulu, kuarkan cheese awal,supaya tak beku sejuk.
1. Pukul 120 gula caster,120 gula merah (halus),4 biji telur (telur tu masukan 1 persatu) bila dah kembang kemudian masukan 1 1/2 cawan minyak jagung,
2. Masukan 1 cawan kismis, 1 cawan hazel nut' , 1 sudu serbuk kayu manis dan 1 1/2 cawan carrot (disagat halus). Gaulkan sebati. Kemudaian masukan Tepung kotak (dah siap dgn penaik) gaulkan sehingga sebati. Akhir sekali masukan 1 sudu Susu pekat.
Bakar dalam oven selama 45min suhu 180 darjah.(bergantung kepada oven). bila dah siap bakar, sejukan, bila dah sejuk boleh letak toppingnya.. iaitu pukul 90 gm gula ising bersama 90 gm butter unsalted/salted bila dah kembang masukan cheese. dah agak2 kembang tu bolehlah letakkan atas kek kita tadi.decorlah mengikut kemahiran masing-masing....
Ini kek hari jadi untuk kanak-kanak...carrot cheese cake...ta..da..
cantik tak?
Program JElajah Sabah Di Bawah Bayu JPNR UiTM Johor
Dah lama saya tak menulis blog.Jadi sekarang saya akan cuba mengaktifkan diri dalam menulis blog saya. Baru-baru ini saya baru balik dari Sabah, pada 26-29 jan 2013. Wah seronok betul rasanya berjalan lama tak berjalan jauh.
Saya selaku pegawai pengiring, bersama juga Cik Nor Ashikin, Pn Rafidah, ustaz Kamaruzaman dan juga En Rahim. Antara JPNr yang terlibat ialah seramai 19 orang. Program ini diadakan adalah untuk tanda saguhati pihak UiTM kepada pelajar jpnr di atas penat lelah dalam menguruskan jpnr.
Kami menginap di Asrama UiTM Sabah. Disana kami berkongsi pengalaman JPNR bersama dengan MPP UiTM Sabah. Kami banyak berkongsi tentang pengurusan nr, dan kami difahamkan diUiTM Sabah masih belum ada diwujudkan JPNR. Semoga perkongsian kami ini dapat memberikan kebaikan dan boleh dimanafaatkan bersama.

Inilah surat kebenaran kami ke Sabah...yeah...
Kenangan bersama Presiden JPNR2012 saudara Asri
Kenangan bersama JPNR dan Exco Saudari Nina
January 18, 2013
Selamat Tahun Baru 2013
Azam utk tahun baru ini ialah saya nak menulis blog saya...lama dah tak update blog..nanti insyallah saya nak update blog saya ini..doa-doalah ye....
Subscribe to:
Posts (Atom)