Ku menunggu
aidit alfian/habsah hassan
Ku begini seperti selalu
membilang waktu berlalu
entah berapa lama aku tak sedarinya
berapa lama harus menunggu
Aku mimpikan suram cahaya
bertukar cahaya indah
semoga tiba hari bersinar ruang hati
menyuluh arah jalan kembali
Korus
ku tunggu angin perubahan
barat utara timur selatan
meniti doa malam dan siang
teranyamnya semula ikatan
sayang semua (nya) hanyalah mimpi
kenyataannya langit dan bumi
aku di sini engkau di sana
sayup jauh terpisah
entahkan kerana sayangku
ataupun kerana sabarku
kumenunggu
Airmata dan senyuman
antara mimpi dan harapan
adalah rindu semilu menghiris kalbu
yang terlalu menyanyangi
di akhirnya terkorban diri
menyedari itu aku putuskan
pasrah segala pada tuhan
Ulang korus
Masih lagi seperti selalu
membilang waktu berlalu
semoga tiba hari bersinar ruanghati
menyuluh arah agar kembali
February 28, 2011
February 25, 2011
Pengesahan Jawatan Pensyarah UiTM Johor
Pada 6 Feb lepas, saya telah pun menerima Surat Pengesahan Jawatan. Alhamdulliah saat yang ditunggu-tunggu telah kunjung tiba akhirnya. Tempoh yang telah diberikan adalah selama 3 tahun. Syukur, saya dan rakan-rakan satu kumpulan buat research Nurul Haida Johan dan Wan Asma Hanim Mustaffa telah sama-sama dapat menerima surat pengesahan jawatan tersebut.
Bila saya kenangkan semula, bagi saya setiap kali bulan kelahiran saya, dengan izin Allah ada pula rezeki saya yang masuk pada bulan tersebut. Contohnya, saya mendapat tawaran pertama di Kolej Yayasan Melaka pada 7 Feb 2007, sebagai pensyarah ekonomi di Sekolah Pengurusan Perniagaan selama 1 tahun. Di ikuti pula pada tahun berikutnya, mendapat tawaran pensyarah ekonomi di Uitm Johor pada 15 Feb 2008.
Kini setelah 3 tahun, saya berjaya menerima pengesahan jawatan saya pada 6 Feb 2011. Allhamduliah ini semua rezeki dari Allah dan saya amat bersyukur sangat dengan kurniaan Allah selama ini.
Semoga usaha dalam menjalankan tugas (ibadat) saya ini diberkati Allah. Allah menjadikan manusia itu dengan berbagai-bagai kemahiran. Alhamduliah, Allah mengurniakan saya kemahiran mengajar, mungkin saya mewarisi pekerjaan emak saya (Pn. Rosnah Mansor) sebagai guru kafa di Sek Ren Agama Tehel(ditempat kelahiran ayah).
Setiap ibu bapa ingin melihat anak mereka akan menjadi insan yang berguna. Semoga usaha kedua ibu bapa saya selama ini, yang telah menyekolahkan saya menerima ganjaran dari Allah. Tidak dapat saya membalas jasa mereka.Tanpa kesusahan mereka tiadalah saya pada peringkat sekarang ini.
Semoga hasilnya, saya dapat berkhidmat kepada kedua ibu bapa, keluarga, masyarakat dan negara. Semoga ilmu-ilmu yang telah saya disampaikan kepada pelajar-pelajar saya boleh dimanfaatkan pada kehidupan seharian. Ini kerana 3 perkara yang tidak putus setelah matinya anak adam itu ialah

- Doa anak yang soleh
- Amal jariah
- ilmu yang dimanfaat (semoga saya dapat mengumpulkan usaha-usaha saya dalam menyebarkan ilmu yang mana boleh memberikan kebaikan semasa diakhirat kelak).
Rakan-rakan KYM |
Bersama kak Shira |
February 24, 2011
Meeting Jabatan Ekonomi Feb 23 2011
Semalam 23 Feb Jabatan Ekonomi telah mengadakan meeting. Membincangkan tentang ATA sistem sem baru. Memang pening betul. Tapi saya ringkaskan pada semester depan ialah :-
Diploma: Sem May-Oct 2011
Lecture: 30 May 2011- 13 Sept 2011
Final : 19 Sept 2011- 9 Oct 2011
Sem Break : 10 Oct 2011 - 20 Nov 2011
So kalau saya nak mohon cuti ialah pada :-
Week 1 (30 May 2011)- Week 7 (15 July 2011)
So, kawan-kawan yang mengajar diploma sahaja bolehlah gunakan tarikh-tarikh ini buat peringkat awal (supaya kita tak pening kepala kerana semester baru yang bertukar sistem)
Para pensyarah yang akan mengajar Malaysian Economy ialah:-
Terima kasih kawan-kawan yang sudi belanja masa meeting semalam Tan, Ana dan Fariza. Dapat kami semua makan kek di secret resepi..(he...he...he...).
Tazkirah: Semoga tugas dan pekerjaan (ibadat) kami ini di berkati Allah.Amin.....
Gambar kami masa kolokium di Uitm Penang ( 16-19 Dis 2010)

- Puan Nor'Azurah Md Kamdari (Ketua Kursus Malaysian Economy) (2 group)
- En Azman Ali (2 group)
- Tuan Hj Mustaffa Idris (1 group)
- Cik Nor Azira Ismail (1 group)
- Cik Rosmah Bt Abd Ghani (1 group)(jumlah sebenar pelajar belum diketahui bergantung kepada pendaftaran pelajar)
- Pengesahan pensyarah baru mesti menjalani latihan industri selama 12 bulan.
- Kenaikan pangkat pensyarah mesti menjalani 6 bulan latihan industri. (sistem baru) dan mesti selepas 5 tahun dalam perkhidmatan.
Terima kasih kawan-kawan yang sudi belanja masa meeting semalam Tan, Ana dan Fariza. Dapat kami semua makan kek di secret resepi..(he...he...he...).
Tazkirah: Semoga tugas dan pekerjaan (ibadat) kami ini di berkati Allah.Amin.....
Gambar kami masa kolokium di Uitm Penang ( 16-19 Dis 2010)
Ira, Tan, Zura and Fariza |
Tan and Zura |
Tan and Zura (feri Penang) |
Ira and Tan |
Tan (feri Penang) |
Zura and tan |
Ira and Zura |
February 23, 2011
Presentation Kelas Ecomal ECO261
Bagi Subject Malaysia Economy untuk kelas Pn Azura para pelajar dikehendaki present tentang sub topic yang terdapat dalam silibus..ini adalah salah satu kriteria pemarkahan assesment pelajar dimana semua pelajar perlu sediakan..
Bagi mendapat kesan yang mendalam para pelajar perlu menyediakan video yang boleh didownload dalam youtube bagi menerangkan lagi topic yang perlu dibincangkan di dalam kelas.Akhir sekali laporan akhir perlulah diserahkan pada pn Azura.
Antara maklumat tentang asigment group untuk pelajar ECO261 dengan pn Azura adalah seperti berikut :-

Group assignment
6 group. Please find group member.
Title :- Contribution of
1) Past and Present : Growth and development in Malaysia

2) Multimedia Super Corridor in Malaysia
3) Proverty : Comparison Malaysian amongst other country.
4) Malaysia Agriculture :In diversification Sector Economy
5) Industrial Sector : Globalization impact to Malaysia
6) Small Medium Interprise : Amongst Bumiputera in Malaysia
The assignment must have :-
1) Presentation group
2) First slide presentation must have a video clip regarding the topic. Find in www.youtube.com (softcopy dlm cd)
3) Explanation about the achievement. (report)
4) Please summit report slide presentation with softcopy CD before present (bring along when you want to present)
Kunjungan Atok &Nenek dan Atok Noh&Atok Fatimah (20Feb 2011)
BAru-baru ini kimi dikunjungi atok dari Melaka dan Muar...Atok dan nenek dari melaka tidur satu malam ...yelah dah lama tak tido dengan kimi..Atok Muar datang petang Ahad lepas...Yang
Mari kita lihat kimi, atok, kak Cha dan nenek..
Yang ini pulak atok muar kimi..Marilah kenal atok muar kimi.. Atok Noh dan atok timah..
Ok..so bila lagi atok dan nenek nak datang lagi tengok kimi? Datanglah lagi ......
Tazkirah: Wajib kita menghormati ibu dan ayah kita...Redha ibu dan ayah kita merupakan Redha Allah..

Sambutan Maulidur Rasul UiTM Johor 18 Feb 2011
Mari kita lihat sambutan maulidur rasul baru-baru ini diadakan di Dewan Sri Temenggung..
Meriah..............
Diantara student dan staff uitm johor
Berbagai warna dan meriah dengan sepanduk-sepanduk menyambut ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Semoga kita semua mendapat syafaat dari Nabi Muhammad s.a.w..Sama-samalah kita berselawat ke atas nabi. Ya Nabi salamulaika...ya rasul salam mualaika...Rasulallah kekasih Allah....

February 17, 2011
Berkelah di Pengkalan Balak
Cuti Chinese New Year kami telah berkelah di Pantai Pengkalan Balak. Ini merupakan kali pertama kimi mencecahkan kakinya di air laut (ciptaan Allah).. Mari tengok kimi mandi laut.
Kat sini ada banyak chalet2 yang murah..kalau berminat bolehlah bermalam disini.Time nie chalet kat sini semua dah penuh.
Time ni kimi berkelah dengan ibu, ayah, kakak cha dan nenek.Time nie atok tak ikut...atok sibuk pegi kenduri.balik tu kami singgah dataran satu malaysia (pantai klebang) naik kuda pulak..best..
Pesanan : Nanti bolehlah ibu dan ayah luangkan masa bawak kimi jalan-jalan melihat keindahan Alam ciptaan Allah.Ibu teringat dalam buku Muhabbah Cinta yang ibu baca (pinjam dari antie ana), Kenapa ikan dalam laut tak masin? Begitu besar kebesaran Allah...Subhanallah...

Aktiviti baru Ayah..
Sejak ayah berkawan dengan cikgu Ajis dan cikgu ajis pun baru jer berpindah ke Taman rumah kami ayah dah ada hobi baru.. iaitu menanam pokok..tanah yang terbiar sekian lama disebelah rumah kami telah diusahakan dalam proses kemaskini. Pokok-pokok yang tak sepatutnya ada telah ditebang dan dikemaskan supaya keadaannya tidak semak.Mari kita tengok kerja-kerja ayah kimi...Oh yea..
Antara anak pokok yang ayah tanam ialah pokok limau kasturi, limau purut, pokok mangga,pokok rambutan dan pokok cempedak..harap-harap berhasillah pokok tersebut.Dapatlah Kimi merasa nanti.
Moral: Berjasa pada tanah, tanah akan berjasa pada kita..
Harap-harap hobi ayah berpanjangan....lepas ni tanam di kebun sendiri pulak.. So inilah keadaan sekeliling rumah kami buat sementara ini. Harap-harap ibu jadi beli rumah sewa kami.Ayah ajak pindah rumah baru kami di Taman Sri Mewah Jementah. Insyaallah bulan Jun ini kami berpindah.Tapi suatu hari nanti lepas rumah di Taman Dedap telah diubahsuai, kami akan berpindah disini semula..dekat dengan rumah antie Rohaya..(pengasuh kimi) Lagi pun komuniti di Taman Dedap adalah kaum Melayu.Ayah nak ke surau pun dekat jer...dekat dengan cikgu Fadil dan cikgu ajis. Berbanding di Taman sri Mewah komuniti ramai Cina..Erm..takpelah nak rasa tinggal rumah baru dulu..
Moral :Semoga harta-harta yang dikurniakan Allah memberikan kemudahan dan diberkati Allah.Amin...

Harijadi Ibu Kimi 16 Feb
Semalam lepas balik keje, ibu ajak ayah ke Secret Recepi...nak celebrate Beday ibu. Mari tengok wajah kimi semasa celebrate beday ibu kimi...Oh yea...
Yang ini pulak kimi bersama ibu..
Kimi pakai topi yang mama ngah pos dari uk...yo..yo..what up man...
erm...manjanya kimi dengan ibu...kalau boleh nak berkepit jer dengan ibu kimi..erm..gambar ayah jer takde sebab ayah kena amik gambar kami..So ibu Selamat Ulangtahun....yang ke 30 tahun..muda lagi ibu kimi..
Tazkirah: Sebenarnya umur kita makin lama makin tinggal sedikit. Kubur makin lama makin menghampiri kita, bukan makin lama menjauhi kita.. Semoga kita memperbanyakkan bekalan amalan untuk kesana. Kimi, semoga kimi jadi anak yang soleh supaya boleh doakan ibu, doakan ayah bila ibu dan ayah tiada nanti..

February 15, 2011
Kimi dan atok
Hari Isnin lepas atok terus datang ke segamat bila dapat tahu kimi demam.terus datang dari melaka naik moto pulak tu ke segamat.Begitu kasihnya seorang atok dengan cucunya...sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak menjaga cucu yang diserang demam campak.Kesian atok,dah tua-tua pun sanggup datang. Tak boleh dengar cucunya sakit, cepat susah hati.tapi esok hari rabu 16 feb (beday ibu) atok dah nak balik melaka dah.Takpelah, atok balikla dulu, nanti atok datang balik bawak nenek ok. Jaga kimi demam kat sini. Kimi rindukan semua..
Pesanan:Kimi, esok-esok dah besar nanti jgn lupa kasih sayang dan jasa atok dan nenek tau...jangan lupa kat atok.Banyak betul pengorbanan atok terhadap kimi sejak ibu lahirkan kimi.

February 14, 2011
Muhammad Hakimi, demam campak, air kepala muda,
Hari ini hari kedua putera saya demam..dia lama tak pernah demam sekali demam terus kena demam campak..alahai kesiannya anak ibu..yang sedihnya bila tengok dia muntah dengan banyak setelah minum susu..Yela mungkin perut rasa tak sedap dan kepala pun pening dek disebabkan suhu badan yang panas..bila tanyakan jiran nak buat macamana mereka nasihatkan mandi dan minumkan Kimi dengan air kelapa muda.jadi suami pun mencari air kelapa muda (panjat sendiri).So lebih fresh air kelapa tersebut baru petik dari pokok kelapa yang sangat rendang.(tak tinggi mana pun pokok kelapa tu).Alhamduliah setelah mandikan dgn air kelapa muda dan minum airnya, suhu badan kimi beransur. Pergi Klinik Zohar semalamnya check suhunya mencapai 40 darjah..panas tu.. yang membuat tersentuh hati saya bila kimi ni dia demam dia diam jer,baring dalam buaian dia, dan bermenung sorang-sorang tanpa merengek.Pada tengah malam pun tak merengek nangis, paling tidak pun dia tak tidur dan memeluk saya semasa saya tidur.Alah kesiannya anak ibu, tak ganggu pun ibu tidur.
"Kimi ibu harap dan ibu doa dalam tiap-tiap solat ibu setiap masa, kimi cepat sembuh dari demam campak, ibu tahu kimi rasa tak selesa, rasa panas dan nak bermain seperti biasa pun tak boleh,walaupun ibu tahu kimi suka bermain." Kimi rehat dulu bagi demam campak tu baik cepat, nanti kimi boleh main macam biasa...sayang anak ibu...."

Belajar E-View (Program 3P)
Setiap Jumaat sepanjang bulan Jan 2011 adalah minggu-minggu belajar e-view oleh Dr Chandran. Sebab tulah setiap Jumaat je balik lambat Beliau baru habis PHD jadi kami satu jabatan ekonomi mengambil kesempatan untuk belajar e-view untuk buat penyelidikan. Bos utk bengkel tersebut ialah Miss Tan juga termasuk kawan-kawan yang lain iaitu ira, fariza, ana, diana dan juga saya menjadi ajk nyer..apa yg telah saya cuba belajar ialah mencari data dahulu untuk paper saya yang saya ingin hantar ke conference ICBER2011 di Langkawi pada March nanti.Harap-harap siaplah paper tu. Bertungkus lumusla saya mengumpulkan data, dan menanyakan kawan-kawan (memandangkan saya tidak pandai langsung tentang data stream, biasanya research saya sebelum ini ialah berkenaan questionair sahaja.)
Moral : Bersakit-sakit dahulu..bersenang-senang kemudian, harap-harap belajar e-view nie bagi pandai, nanti senang nak buat research phd pada masa akan datang, bermulalah dari sekarang...
Ini BOS Program 3P E-View.. juga merupakan individu rujuk kami bila tak tahu tentang ekonometrik (kalau nak tanya direct Dr Chandran tak dapat orang resource kedua ialah Miss Tan Yan Ling) Bos Tan..
Ajk lain Ira (tudung biru) Seorang yang sentiasa maintain vogue. Ramai student suka pada Cik Ira. Manakala fariza (tudung hitam) Fariza ni baik sangat...student pun ramai yang suka...suka memberikan semangat kepada pelajar-pelajarnya..baru gred dari master ukm..Tahniah! semoga lekas-lekas sah jawatan pensyarah tetap.

Kenapa Wanita Kaya Nikmat?
"Bergelar wanita, sedarlah dirimu dilimpahi pelbagai nikmat oleh Allah s.w.t. Biarpun malam kamu dibasahi air mata dek kedukaan yang melanda, namun siangnya senyummu terukir melihat sinar mata anakmu yang begitu sungguh-sungguh menyayangimu..Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang dan kelembutan. Sesungguhnya begitu banyak pahala yang menantimu kerana didikan yang benar bakal melahirkan insan yang menyayangi Allah. Mereka akan mendoakan kamu dalam sujud-sujud dalam apa jua ibadah mereka."
Petikan ini saya perolehi daripada majalah Nur keluaran Dis 2010 dan saya amat tertatrik akan tajuk ini dan membuatkan saya berfikir sendiri apakah nikmat menjadi seorang wanita itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)