Hari Ahad pun sama, tetap merengek saja, makan pun agak kurang dan asik menangis. Kesian anak ibu. Malam pun tidur merengek buat ibu tak tidur malam jadinya. Hari Isnin bila pagi ibu tengok muka kimi, leher dan seluruh anggota badannya keluar bintik-bintik merah. Alamak.... kena campak lagi ke?
Ibu terus mengambil keputusan untuk menghantar ke kg. Sebab atok dan nenek lebih arif menjaga baby yang terkena demam campak ni. Berubat secara kampung. Sebelum ini, kimi hanya demam pada suhu panas sahaja..tub...tub...tiba-tiba keluar bintik-bintik merah. Sebelum sampai ke rumah atok, ibu terus masuk ke pusat rawatan ibu dan anak di Jasin. Ibu perlukan rawatan segera. Apa sebenarnya cerita disebalik penyakit kimi ini.
Ibu diarahkan untuk pergi ke Jabatan Pesakit Luar. Bila Dr check suhu agak reda sikit iaitu 36 darjah. Bila Dr check buka mulut kimi untuk melihat anak tekaknya ternampak satu dan dua ketulan air seperti ulser atau tonsil bentuknya di tekak Kimi. Patutlah Kimi susah untuk menelan air atau susu botolnya.
Kemudian, Dr mintak check darah kimi. Ibu pun diarahkan menghantar kimi di tempat mengabil darah. Pada mulanya nurse meminta ibu pegang kimi tetapi biasalah baby akan meronta bila dipegang kuat-kuat begitu. Akhirnya nurse menyuruh ibu pergi ke bilik satu lagi. Bila ibu diarahkan meletakkan kimi di atas katil, nurse terus menyuruh ibu menunggu diluar. Masa tu, berdebar-debar hati ibu..apalah yang nurse nak lakukan pada kimi. Alih-alih ibu dengar suara kimi menjerit dengan kuat. Mesti nurse bedung kimi kuat supaya memudahkan nurse mengambil darah kimi.
Akhirnya nurse berjaya mengambil sampel darah kimi. Ibu tengok dah berbalut di lengan kimi. "kak hantar botol ni kat bahagian makmal ye", nurse memesan ibu bawa sampel darah ke makmal. Tak sampai 5 minit, ujian sampel darah kimi telah pun siap, ibu pun membawa kertas keputusan darah kimi pada Dr. Bila Dr tengok, Dr meminta kimi melakukan sekali lagi ujian darah. Haah? amik darah lagi? Ibu agak kesulitan untuk membenarkan Dr mengambil darah kimi lagi. Sebab ibu tak sampai hati melihat kimi menjerit sekuat hati. akhirnya ibu meminta penjelasan mengapa kimi perlu diambil darah lagi.
Selepas menerima penerangan tadi, ibu faham. Rupanya ujian darah tadi hanya ujian melihat pamplet darah kimi. Ujian kedua pula untuk melihat adakah terdapat virus miser pada tubuh kimi. Sebab memandangkan kimi kerap mengalami demam campak. Demam campak biasanya akan dialami setiap orang hanya sekali pada seumur hidupnya. Ibu angkur dengan arahan Dr, tetapi ibu minta pada keesokkan harinya untuk mengambil darah kimi lagi.
Semalam, kimi menjalani ambil darah untuk kali kedua. Kali ini, meraung lagi, Seperti menjadi kebiasaan pulak Ibu sudah faham di bilik mana Kimi sepatut pergi. . Kali ini nenek dan atok turut menemankan Kimi. Kesian anak ibu.... Ibu jugak membawa kimi di Klinik Amal di Bukit Katil, Klinik Amal di Bukit Katil tersebut sangat bagus rawatannya, ubatnya pun bagus-bagus, cepat pulih (diizinkan Allah juga). Dr di klinik amal memberitahu kimi kena ruam akibat demam yang terlalu panas. Ntahla.. tetapi bila Dr mengambil darah buat kali kedua, Dr minta kimi amik darah lagi buat kali ketiga iaitu pada 29hb Mac. Bagi untuk ujian kedua miser. Ibu doakan Kimi agar cepat sembuh. Agar Kimi dapat bermain seperti biasa dan aktif seperti biasa. Ibu harap dan berdoa agar Kimi tidak dijangkiti penyakit berbahaya. Ya Allah semoga Kau lindungilah anakku ini daripada penyakit berbahaya.... Amin....
Pulang dari Jabatan Pesakit Luar Jasin ..selepas diambil darah |
Kesian anak ibu...tangan berbalut sakit tu.. |
Ala....kesian anak ibu tu... |
Ibu bawa Kimi Ke Klinik Amal Bukit Katil bersama atok. |
Kimi tetap riang...walaupun demam |
Semua orang risaukan kimi..termasuklah kakak Cha |
No comments:
Post a Comment