Anas (r.a) berkata bahawa RAsulullah s.a.w bersabda, " Wahai anakku, apabila kamu masuk ke rumah keluarga mu, hendaklah memberi salam, agar kamu dan keluarga mu mendapat berkat."
Kita tentu selalu pergi berkunjung ke rumah saudara, kawan atau jiran kita. Sebelum kita memasuki rumah mereka ataupun rumah kita sendiri, kita hendaklah memberi salam. Semasa kita pergi berkunjung ke rumah orang lain, kita harus beredar jika salam kita tidak dibalas setelah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Itulah adab berkunjung yang baik. Tujuan memberi salam ialah supaya kita dan keluarga kita mendapat keberkatan dari Allah.
No comments:
Post a Comment