March 22, 2011

Along dah nak bersalin?

Petang semalam iaitu pada 21 Mac, saya dikejutkan berita along hampir bersalin. Wah mulalah berdebar hati ini bila mendapat berita tersebut. Mula teringatkan saat bermula nak bersalin pada waktu dahulu.. Pada saat pertama melahirkan anak sulung memanglah tiada pengalaman tetapi tetap jua dilalui dengan penuh kesabaran dan tawakal kepada Allah. 

Sakitnya bukan alang kepalang untuk melahirkan seorang manusia. Patutlah agama melarang menderhaka kepada ibu. Mengikut pengalaman saya, sakitnya semakin lama semakin kuat dan akhirnya rasanya sakit tu tidak tertanggung lagi. Betapa sakitnya, pada ketika itu tiada satu ubat bius pun yang saya amik untuk mengurangkan rasa sakit. Waktu itu, saya hanya berserah kepada Allah sahaja.
Bila sahaja saya dapat mengeluarkan bayi yang setelah 40 minggu berada diperut, terus saja sakit tu hilang entah kemana. Hairan dan pelik. Bila dapat saya mendakap wajah baby, terus lupa kesakitan hampir maut tersebut. Itulah kekuasaan Allah. Subhanallah..

Semoga Along selamat melahirkan. Doa saya tidak putus-putus supaya Along dipermudahkan dan selamat melahirkan bayi yang sihat. Ingat ganjaran yang sedang menunggu kita, sekurang-kurang terasa ringan kesakitan yang sedang kita alami. Dosa kita terhapus dan Allah gantikan pahala berlipat kali ganda.

Fadhilat wanita yang hamil dan wanita yang bersalin sangat banyak. Rugi jikalau wanita tidak mengambil peluang untuk melahirkan zuriat. Semoga kita dapat meramaikan umat Nabi Muhammad S.A.W. Petikan ini saya ambil dari blog seseorang. Semoga dapat kita kongsikan bersama. Saya perolehi petikan ini dari  blog nursyirah.wordpress.com. So, amiklah ikhtibar dan semangat kita sebagai kaum wanita untuk melahirkan zuriat lagi. Semoga tidak serik untuk merasa kesakitan lagi. Sebab ganjaran dan pahala yang Allah bagi kepada kita sungguh banyak dan sangat lumayan.

Solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaatsolat wanita tidak hamil

Rasulullah menyebut bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya dimana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat, ikut sujud bersama

Wanita hamil dapat pahala puasa di siang hari dan pahala ibadah di malam hari

                Rasulullah mengatakan bahawa wanita yang hamil akan memperolehi pahala puasa di siang jari dan pahala ibadah di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah kesana-kemari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah.

Pahala wanita bersalin

                Wanita yang bersalin, kata Rasulullah dapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
                                            
 ***

Demikian mulianya pahala bersalin sehingga tidak wajar apabila digempar-gempurkan (kempen) menghadkan jumlah kelahiran menerusi program “Perancangan keluarga” sedangkan Rasulullah memerintahkan kita memperbanyak zuriat untuk menguatkan umat ini.

                Malah Rasulullah menjanjikan, sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya akan mendapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat dan puasa. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2.5 tahun maka malaikat di langit mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

                Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibdah.

No comments:

Post a Comment