Semalam saya mendegar ceramah dari beliau.Sungguh kagum.Pada uisa muda telah berjaya menulis novel dengan banyak.Paling menariknya ialah mempunyai ribuan peminat dari kalangan murid sekolah. Wow..sungguh berjaya usaha beliau. Tahniah usaha keras ain maisara membuahkan hasil yang lumayan. Hidup hanya dengan royalti buku yang beribu-ribu ringgit. Kalau saya, saya pun mahu.
Setelah mendengar ceramah beliau timbul dalam hati ini ingin menulis. Pada peringkat pertama menulis cerpen. Pendek pun jadilah. Setelah penat mentelaah menulis dan memikirkan penyelidikan, menulis blog atau menulis cerpen dapat release kan tension. Betul tak?
Nak tulis mengenai apa yer?..Semalam soalan saya pada ain maisara bagaimana nak menulis agar mendapat idea yang berpanjangan supaya idea tak berhenti di tengah-tengah jalan. Katanya ialah "Kita mesti merangka dahulu jalan cerita yang ingin kita sampaikan itu" dalam hati saya berkata, maksudnya di penghujung cerita itu kita dah boleh reka dahulu. Ada badan ada isi dan ada ekornya...ohh itu rupanya rahsia penulis-penulis. Menarik dan teruja..Cantik juga rupa paras kak ain maisara nie. Mari kita lihat gambar di blog nya.
Cantik dan bergaya kak ain maisara. Mesti menjadi idola kanak-kanak dan remaja perempuan. Gaya, fesyen dan warna menjadi keutamaan dalam berfesyen. Boleh menaikkan semangat saya juga..untuk berdiet dan bergaya pada suatu hari nanti. (wah berangan sungguh ibu kimi nie...) he..he..
No comments:
Post a Comment