March 18, 2011

Rumah Idamanku


Tajuk penulisan saya pada kali ini ialah Rumah Idaman. Bila sebut tentang rumah idaman mesti setiap orang impikan rumah yang besar, rumah banglow dan rumah mewah.

Berlantaikan marbel yang mahal, berbumbungkan atap yang mahal, berdapurkan kitchen kabinet kayu jati, berperabotkan clasic,moden atau contemperory, bersyilingkan plaster berukir corak, bunga..,berpagarkan rock iron Wah itulah rumah idaman. Termasuklah saya, siapa tak teringin memliki rumah begitu?

Tetapi bila difikir-fikirkan, pada saya ada apa disebalik rumah idaman ialah disebaliknya. Rumah idaman bukan sahaja cukup dengan perkara-perkara yang disebutkan diatas. Sebenarnya, hakikatnya rumah idaman ialah rumah yang didiami oleh ahli keluarga yang hidup dalam keadaan yang harmoni.

Bagaimana nak hidup dalam rumah idaman dalam keadaan harmoni?

Bagi saya, anak-anak hidup dalam keluarga ibu bapa yang taat dan patuh kepada suruhan Allah. Bila ibu dan ayah patuh kepada suruhan Allah, barula boleh memiliki anak-anak yang taat dan soleh. Mengadakan aktiviti solat berjemaah bersama anak ibu dan ayah. Membaca al-quran. Mengajarkan anak-anak dengan doa-doa amalan seharian, mengajarkan anak-anak dengan hadis Rasulluah. Mengajar anak cara menghormati orang tua, melatih dan menjadikan masjid rumah kedua. Melatih anak-anak bangun pagi, membantu membuat kerja-kerja rumah dan tidak mengajar anak-anak bermewah-mewah. Maka itulah harmoni yang hakiki sebenarnya.

Tetapi bila sebut tentang semua tadi ingin memiliki anak yang soleh, anak yang mendengar kata kita, kita dahulu sebagai ibu bapa perlu menjadi anak yang soleh juga kepada kedua ibu bapa kita. Jika kita sendiri tidak soleh kepada kedua ibu bapa kita, bagaimana pula kita boleh dapat anak yang soleh pula? Allah itu Maha Adil. Bukan senang nak memiliki anak yang soleh, sedangkan kedua ibu bapanya tidak soleh kepada kedua ibu bapanya sendiri.

Baru-baru ini saya mendengar pesanan dari ustaz di Masjid Al-Syakirin UiTM Johor, jika kita tidak mendoakan kepada kedua ibu bapa kita itu pun kita sudah dikira anak yang derhaka. Belum lagi jika kita meninggikan suara kepada mereka atau melawan kata-kata mereka. Bayangkanlah betapa besarnya dosa itu. Menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Bagi pula anak-anak yang tidak solat, bagaimana nak mendoakan kedua ibu bapa mereka? Bayangkan kita hidup dengan memiliki anak-anak yang tidak bersolat, ibu bapanya juga tidak memperolehi doa dari anak-anaknya. Sungguh malang ibu bapa tersebut, kerana di sia-siakan oleh anaknya sendiri. Renung-renungkanlah....

Saya berfikir dalam perkara tentang rumah idaman. Perkara inilah yang selalu berlegar di minda saya. Bahagiakah hidup jika rumah saja mewah, tetapi cara hidup yang tidak mewah dengan amalan? Bila terlihatkan kematian, terfikir adakah rumahku esok berlantaikan marbel? berumahkan banglow? Tidak pasti rumah ku esok gelap atau terang. Yang pasti rumah ku  sentiasa didatangi oleh malaikat mungkar dan nangkir bagi bertanyakan soalan amalan-amalan ku.. solatku, quranku, sedekahku, dan anak solehku...ohh...itu cukup merungsingkan ku...

Baru-baru ini, emak berpesan kepadaku. Jika kita nak membuat satu amalan buatlah kerana tidak mengharapkan ganjaran dari Allah. Buatlah seikhlas mungkin ini kerana semua amalan kita terpulanglah kepada Allah untuk menerimanya dan memberi ganjaran kepada kita. Itulah amalan yang tertinggi. Bukan kerana semata-mata mengharapkan Syurga Allah.Petikan ini emak perolehi daripada rancangan Tanyalah Ustaz di tv 9. Wah...bila saya fikir sungguh tinggi amalam tersebut, memang lain daripada yang lain. Marilah kita renungkan bersama...

Ohh...rumah idamanku...

1 comment: