April 22, 2011

Happy Birthday Kakak Cha...

Baru baru ini, nenek telah mengadakan hari jadi kak Cha.. Bersempena mama long dah nak balik ke kl. Habis tempoh berpantang di rumah nenek selama 3 minggu. So hari terakhir, kita buat makan-makan jemput sedara dan rakan-rakan terdekat sahaja. Mari ktia lihat suasana di hari terakhir berikut... Lepas ni nenek tak perlu berjaga malam menjaga baby Imran...








atok yot dan nenek yot pun datang











Satu-satunya hadiah yang kak cha dapat dr papa umar





hadiah tabung

April 14, 2011

Kimi pergi Kenduri kawin

Pada bulan yang lalu, Kimi mengikut nenek dan atok pergi ke kenduri kawin di kampung. Mari kita lihat.....gambar-gambar menarik masa kenduri tersebut.
Tuan rumah

Kimi and kakak cha


Nenek nak tunjuk pokok bunga cantik


Masa kenduri tersebut, kami melihat kanak-kanak lelaki mengambil tugas memungut pinggan kotor dan mencuci pinggan. (nasib baik guna pinggan plastik) yang bagusnya ialah keluarga tuan rumah ini telah melatih kanak-kanak kecil membuat kerja-kerja ringan (yelah daripada mereka bermain tak tentu hala, lebih baik mereka membantu meringankan kerja-kerja ringan.... bagus didikan tersebut)
Rajinnya abang basuh pinggan bang...

Basuh bersih-bersih ye....

Bagus abang ni...rajin!

Moral : Didiklah anak-anak kita membantu membuat kerja-kerja rumah supaya mereka dapat memupuk sifat rajin dan disiplin dan dapat menghindari sifat pemalas)

April 13, 2011

Buku Menarik : Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel (Istanbul) oleh Abdul Latip Talib

Baru-baru ini saya telah menghabiskan novel sejarah Islam bertajuk Sultan Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Sangat terujanya saya buat pertama kali dalam hidup baca buku sejarah Islam. Walhal sebelum ini saya belum pernah meminat sejarah Islam, tetapi selepas membaca buku oleh penulis terkenal Abdul Latip Talib membuatkan saya sangat meminati tulisan beliau. Beliau memang handal menulis cerita sejarah Islam, membuatkan kita pembaca ingin dan meminati untuk membacanya. Tahniah kepada penulis dan PTS kerana berjaya menghasilkan buku yang sangat berkesan dan seronok untuk dibaca.

Tidak lama lagi saya akan cuba mendapatkan novel sejarah Islam oleh Abdul Latip Talib. Dan selepas ini saya amat meminat tulisan dari beliau. Antaranya ialah Salahudin Penakluk Jerusalem, Khalid memburu Syahid, Imam Syafie Pejuang Kebenaran, Khalifah-Khalifah yang Benar Abu Bakar, Umar, Ali, Uthman. Wah...banyak lagi yang saya perlu baca! Best...best...memang Best!!! 


"Wahai Sultan Murad (ayahanda Muhammad al-Fateh), bukan Tuanku yang membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu (Muhammad al-Fateh)- Syeikh Syamsuddin Al Wali


"Kota Konstantinopel akan ditakluk oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik", itu antara diaolog yang selalu disebut di dalam novel sejarah Islam ini.

Lepas baca buku ini, saya teringin melihat makam Sultan Al Fateh dan mahu melihat negara Istanbul dan saya mahu mengetahu kisah Abu Ayub al-Ansari ( Sahabat Nabi Muhammad dan nabi pernah menumpang tidur dirumah beliau, anatara sahabat nabi yang dimuliakan oleh khalifah ar- rashidin) Makamnya disemadikan di benteng Konstantinopel.
Panorama Tanduk Emas di Istanbul, seperti terlihat dari Menara Galata. Jembatan Galata dapat dilihat di tengah gambar. Istana Topkapi terlihat di ujung kiri semenanjung bersejarah; diikuti dengan (kiri ke kanan) Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru), Masjid Baru Yeni dekat Jembatan Galata, Menara Beyazıt naik tinggi di latar belakang, dan Süleymaniye (Suleiman Yang Agung) Mesjid di kanan, antara lain. Laut Marmara dan Pangeran 'Kepulauan terlihat di latar belakang, di cakrawala. Pada kiri gambar, distrik Kadıköy (Khalsedon kuno) di sisi Asia kota dapat dilihat. Belakang Jembatan Galata, menuju cakrawala, Kolom Konstantin (yang dikelilingi oleh jeruji besi untuk restorasi pada saat foto ini) naik diperolehi dari
http://id.wikipedia.org/wiki/Tanduk_Emas
Di dalam Hagia Sofia, Istanbul, Turki, Juni 1994 diperolehi darihttp://id.wikipedia.org/wiki/Hagia_Sophia
Hagia Sofia, Istanbul, Turki, Juni 1994

April 12, 2011

My Malaysian Scrap Book ECO 261

Tugasan terakhir bagi pelajar-pelajar ECO261 ialah menghantar buku scrap mereka. Mari lihat buku scrap yang telah terpilih di antara buku scrap yang tercantik.
Scrap Book Nabila Shuhada



Scrap book Nurul Ain





Sracp Book Saidatul Norhalisya




Scrap Book Nur Lyana
Terima kasih kerana berjaya menyiapkan tugasan dan Syabas!

Antara arahan mengenai Individual asignment ialah :-

Tajuk Scrap Book ialah : MY MALAYSIAN ECONOMY SCRAP BOOK
KULIT DEPAN : BENDERA MALAYSIA DAN LOGO UITM
NAMA, NO MATRIK, GROUP.
Isi kandungan:
Biodata
Part A : Tutorial chap 1 –chap 8
Part B : Quiz chap 1- chap 8
Part C : please take a picture min 2 picture related with chapter in Malaysia Economy, and story.